Duit Adsense
Apa Itu Google Adsense?
Google Adsense adalah program yang dibuat oleh Google yang menampilkan iklan kommersil untuk dipasang pada sesebuah website atau blog. Biasanya berupa text atau gambar yang mengandungi link atau berupa Search box (kotak untuk pencarian). Google akan membayar pemasang setiap kali link tersebut di klik. Biasanya link atau gambar tersebut akan disesuaikan dengan isi dari website pemasang secara otomatik oleh Google. Misalnya, website pemasang Adsense berhubungan dengan ebook, maka isi dari iklan adsense tersebut biasanya adalah text link atau gambar yang ada hubungannya dengan ebook.
Hari ini, ramai rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang mahir dengan internet mula melihat Google Adsense satu lubuk untuk menjana wang! Malah ada yang telah menjadikan
google adsense sebagai sumber pendapatan tetap dan memberi sepenuh tumpuan terhadap program ini. Apa yang menarik tentang google adsense adalah cara bagaimana pengagihan pendapatan dibuat di antara google inc. dan pemilik website atau blog yang berdasarkan jumlah CTR(kadar melalui klik). Sekiranya empunya iklan membayar tinggi untuk satu2 iklan, maka pembayaran ke atas satu2 klik akan meningkat berdasarkan CPC(nilai satu klik). Tidak ada pembayaran tetap tehadap satu2 iklan atau jumlah klik yang diterima.
Oleh kerana sistem yang diperkenalkan oleh google inc. ini terlalu mudah untuk disertai, lebih2 lagi ianya percuma , maka adalah amat berbaloi untuk menyertai program ini. Tidak ada modal yang perlu dikeluarkan, kecuali kos elektrik anda dan bil internet(cth stremyx). Oleh itu, sekiranya anda tidak ada modal untuk memulakan bisnes internet anda, saya sarankan anda mula berjinak dengan google adsense. Dahlah percuma, malah disediakan semua kelengkapan yang diperlukan untuk memulakanya, contoh menggunakan perkhidmatan blogger.com.Disamping itu, banyak dah ebook2 yang mengajar cara memulakan bisnes internet dengan google adsense ni, jadi tak ada alasan yang anda tidak boleh buat bisnes ni. Yang penting anda ada keinginan untuk belajar dan mencuba.
Selamat Mencuba! Tataaaa.
Tuesday, March 23, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)